Apakah takdir diriku ini,
menatap berulang kali,
berdarah penuh di tangan,
sedang tangan menongkat langit,
oh,,tuhan...sesungguhnya aku tak layak masuk syurgaMu,
namun aku tak berdaya,menahan panas nerakaMu..Adakah aku ini,di dunia ini akan terus mengulangi dosa yang semalam.setiap kali berbuat dosa,teringat aku akan neraka.tetapi hati lemah untuk menerima hakikat bahawa itu adalah dosa..walaupun tidak sebesar mana dosa itu,walaupun orang yang tengok dia pun akan cakap "biasa la tu","dosa ke".siap gelak,,"hahaha"...
Aku sedar dosa ini adalah dari kebodohan dari masa lalu..dosa yang dibuat dari masa yang aku tidak matang lagi..mencuba,diantara rakan..ini CELAKAnya.menyesal sudah pasti..merasa beban pun ada..tapi yang paling penting,dimanakah kedudukan Allah dengan aku ini?adakah dia akan mengasihi aku ini seperti mana orang orang mukmin yang beriman,,
Aku mengharapkan suatu rahmat dari Allah untuk aku berubah.tapi adakah aku sedia berubah?cuma yang ada sedikit penyesalan di hati..
Semua orang ada "bodoh" dia masing2..mungkin bodoh aku cuma yang ini(mungkin ada lagi).tapi bolehkah aku berpegang pada hakikat ini..sedang kita wajib melakukan perubahan.aku sedia dan redha diatas segala yang berubah dalam diri..walaupun tidak sedia,tapi ia berlaku saja..aku akan redha..semua adalah ketentuan Allah.dan dalam suatu hal,Allah takkan mengubah selagi mana kita tidak mengubahnya.
Sedang tuhan di mana-mana
melihat semua dosa,
dalam serata usia
walau ditelan segitiga bermuda
selaluku mengulangi dosa yang telah ku buat
dikutip kembali,mengapa begini,
mengapa begini,,,,
Di dalam hati cuma ada,percaya suatu hari nanti ia akan berubah.kembali pada jalan yang lurus..jalan yang dimana jalan orang mukmin sejati..menolak yang batil(salah)..menaikkan yang hak(benar).dan menuju jalan makrifat.tangan ini menadah doa,dimana minta keredhaan Allah hidup di buminya,diselamatkan di dunia ini dan akhirat kelak..hati yang kotor diminta menjadi bersih.
Aku mengharap,semoga Allah yang bersifat iradah(berkehendak) ini memberikan rahmat ke atas aku untuk berubah menjadi hamba dikasihi dan muslim yang sejati...
No comments:
Post a Comment