Saturday, January 29, 2011

hati yang sedih

       Kadang-kadang kita mengalami hati yang sedih.ia mesti disebabkan masalah yang berpunca daripada kita kerana kita hidup dalam sesama manusia..manusia yang menjadi ibubapa,adik beradik,saudara,bos,kawan/sahabat,teman istimewa(marka/pakwe),penjahat,penipu dan semua kadar penjenayah dan yang menciptakan sesuatu yang memberikan masalah.HATI yang sedih,,pernahkah kita tanya kenapa kita sedih?kenapa sakit hati ini,kenapa kita kena pulak masalah ini?kenapakah kita?dan yang paling orang kurang perasaan,bagaimana ia bermula..kita tak kira lelaki atau perempuan akan lupa akan punca disebabkan emosi masa itu.emosi yang ada telah dipengaruhi oleh syaitan(setan yang huduh) membuatkan kita menyumpah,menyalahkan,naik syeikh dan seantero dengannya.hingga kita lupa apa sebenarnya..apa hakikat masalah yang membawa kepada hati yang sedih ini...

      Pernahkah kita membalikkan fikiran yang lama dinafsukan ini balik kepada asal manusia,dari mana ia datang,dari mana ia diciptakan dan apa cerita manusia ini.pernahkah kita ingat akan Allah s.w.t??tuhan yang menjadikan manusia ini..adakah manusia ini akan dijaga oleh manusia juga?kambing,lembu,ayam,pokok,sayur sawi,petai dan segala yang selain manusia di bumi ini manusia yang menjaga semua itu..manusia ini siapa yang jaga?adakah manusia akan menjaga manusia dari segala aspek..segala yang tiada akal,manusia yang jaga.kerana manusia mempunyai akal.manusia yang punyai akal ini,adakah sesama mereka jaga?..dah nampak kut apa yang tak sesuai..manusia ini adalah dijaga oleh yang MAHA MENGETAHUI,iaitu Allah s.w.t..dia yang MAHA dalam segala2nya.malah,Dia yang menciptakan manusia dan Dialah  yang maha memterbalikkan apa jua keadaan.
      Tanyalah hati,dimana silapnya.semasa berlaku sesuatu masalah,bencana putarkan balik semasa bangun dari tidur..ingatkan kembali perjalanan seharian.mungkin sebelum terjadi masalah itu ada yang tidak kena berpunca dari kita.mungkin adanya masalah tadi berpunca dari kita sebenarnya..mungkin juga dari dosa-dosa yang lalu.terjadinya hati yang sedih ini,kebanyakkannya dari kita juga.kadang2 tu,Allah memberikan ujian dan dugaan kepada hambanya yang bertakwa dan yang beriman padaNYA..kadang2 tu,Allah memberikan 'problemo"(masalah),bala pada kita yang sudah lupa pada Allah,"acara gaya bebas"atau meninggalkan Allah dan islam dalam almari,dlm poket,dalam masjid,dalam kopiah,dalam kain telekung yang disimpan dan diingati,guna bila perlu...ada juga kadang2 tu,Allah memberi bala diatas dosa orang lain dan kita sekali kena kerana seperti mana di zaman  nabi Nuh,bala yang menimpa kaum tsamud,dan ummat2 yang telah diturunkan bala dan dibinasakan oleh Allah.. 
      Dalam setiap hal tidak baik berlaku,harus dibalikkan oleh kita kepada hal yang baik..di mana macam,"oh,aku lupa solat subuh awal pagi tadi,ni la padahnya padan muka aku kena pelak dengan bos".letakkan punca dari kita,jangan mudah marah..sabar,selawatlah pada nabi kita Muhammad s.a.w,mengucaplah kalimah syahadah dan tenangkan fikiran,putarkan fikiran apakah ada salah sebelum ini yang dibuat oleh aku,,?janganlah kita menaikkan "syeikh" dalam diri dengan bertindak membabi buta,orang kata"lembu naik minyak"(hahaha)..dan ingatlah,bahawa Allah bersama dengan orang2 yang sabar..ingatlah juga,memanglah kita sakit hati..walaupun kita sakit hati,adakah hati ini akan sakit "sokmo"?adakah orang yang menyakitkn hati itu akan segar,gembira dan suka "sokmo"?dan Allah itu maha mengetahui dan Allah itu maha adil..sabar lah menghadapi dugaan dan ujian..yang sedih itu akan terubat jika kita kembali pada Allah dan islam.hati yang sedih itu jua akan tenang jika kita berdoa dan berzikir mengingati Allah s.w.t..masalah,sedih dan sakit hati ini akan dipermudahkan Allah jika hanya Dia mengizinkannya..
      Semoga kita terus tabah dalam penghidupan di alam dunia ini dengan berada di jalan yang lurus,lurus di jalan Allah s.w.t.saya menulis,juga untuk mengingati pada diri saya yang lemah ini..bersama sama kita hidup dengan mengharapkan keredaan Allah di bumiNya ini,dan percayalah di akhirat nanti segala yang ditindas,yang "susah" di sini,akan mendapat keadilan dan dipandang di akhirat nanti..segala yang zalim,yang "senang" di sini tidak akan terlepas dan tidak akan ada kroni atau subsidi..tidak ada yang kurang dan lebih.semoga hati kita ini menjadi hati yang bersih..hati yang diislamkan seperti mana hati orang mukmin.... .

No comments:

Post a Comment