Semakin hari,semakin lama kita meneruskan hidup.hidup yang mana bangun dari tidur,memulakan aktiviti,balik semula untuk tidur..diulangi.sampai kadang2 itu tidak terfikir sejenak di hati apa yang telah dihadapi dan untuk apa..
Ada orang yang hidup untuk teruskan kehidupannya supaya sehingga penghabisan.ada yang hidup dimana hidupnya telah ditentukan..ada yang masih mencari kehidupannya..ada yang tiada tujuan dan ada juga yang hidup untuk mencari bekalan di kehidupan yang abadi seperti yang diyakini olehnya.bermacam-macam alasan tujuan hidupnya,ada yang baik,ada yang kurang baik dan kadang-kadang itu kabur jalannya..
Di dalam kehidupan seharian kita,yang "established" kita selalu dengar,selalu cakap,hidup ini untuk berjaya,untuk bersama dengan orang tersayang,untuk mencari rezeki untuk besarkan anak-anak,untuk menjadi kaya,untuk bertakwa kepada Allah s.w.t dan kadang-kadang tu kita dengar,"aku takkan puas hati selagi mana tengok kau hidup senang"..
Semakin hari kita semakin mengerut kedut di muka.semakin hari semakin jauh kita dari saat kita dilahirkan.semakin banyak bilangan umur kita.."orang kata semakin tua,semakin banyak la pengalaman...".tapi,pernahkah kita termenung seketika menjenguk apa yang telah dilakukan oleh kita sebelum ini,apa tujuan semua itu?adakah semua bersebab?adakah semua itu tujuannya adalah baik?adakah tegak di jalan yang lurus,,,?
Di dalam kehidupan asasnya mesti ada tujuan.tujuan Allah menjadikan manusia,adalah menjadi makhluk yang hebat,dalam menyampaikan kekuasaan Allah.menjadikan manusia ini berakal..dan Allah itu sendiriNya sudah mengetahui akan keburukan manusia itu sendiri..Allah tetap menjadikan manusia itu,menjaga manusia,menyediakan bumi,oksigen,cahaya dan dari sekecil-kecilnya nikmat kepada sebesar-besarnya nikmat..betapa sempurna dan besar kekuasaan Allah untuk memberikan nikmat kepada manusia..
kita dijadikan cukup segala sifat,kalbu(roh),fizikal,akal dan nafsu.pernahkah kita berfikir dari bangun tidur kita,yang dimana segala sifat yang sempurna,segala kesihatan ada dari Allah sebenarnya...pernahkah kita menjadikan Allah sebagai permulaan ingatan kita dalam hari kita..pernahkah kita menghinakan diri kita untuk sujud dan zuhud kepada Allah...adakah kita mengulang ingat bahawa kecilnya kita ini disisi Allah..
Tujuan Allah menjadikan kita adalah untuk kasih dan cinta,kembali,mengakui hanya kepadaNya..kita manusia,tujuan hidup adalah bermacam-macam tujuan..hebatkah kita untuk bermacam-macam tujuan ini?ada yang ibubapa yang melebihi segalanya,ada yang sesama pasangan itu adalah segalanya,ada yang sahabat adalah segalanya,harta segala-galanya..segala cinta adalah lebih dari cinta kepada Allah s.w.t.terfikirkah kita di dalam hati yang busuk itu,di manakah Allah?apa yang kita buat untuk Allah?apa yang dikorbankan oleh kita untuk Allah S.W.T?
Banyak diantara kita,memang banyak diantara kita tidak menyedari,dari segelas kopi "o" itu adalah dari Allah.sehinggakan duit sendiri pun heboh di dalam diri menyatakan kehebatan diri mencari duit,mempunyai banyak duit..banyak mengakui islam dari mengakui segala semuanya adalah kerana Allah,dari Allah..banyak yang sedekah,tapi sedekah kerana manusia..banyak yang berkahwin,bukan kerana tawakal dan niat kerana Allah,hanya kerana cinta kepada pasangan.banyak yang kaya,duit dan segala harta,mengakui dari usaha diri sendiri..bukan dari Allah.banyak yang bekerja,bukan kerja kerana Allah,,kerana nak makan,sara keluarga dan diri..banyak yang sanggup menindas demi menambak periuk nasi mereka.supaya tidak tumpah kepada orang lain....banyak dari kita yang hidup kekal di dunia,hanya untuk dunia dan diri..tidak mengakui hakikat kehidupan di dunia ini..
Allah S.W.T...tidak akan melupakan umat manusia ini..walaupun banyak kemurkaan manusia itu,masih lagi ada peluang diberikan pada manusia untuk bertaubat..walaupun lupanya manusia itu kepada Allah,terus sahaja Allah memberikan rezeki kepadanya...walaupun tujuan hidup manusia itu tiada pun terlintas kepada Allah,masih lagi tersenyum orang itu.ada lagi nikmat untuknya..kasihnya Allah kepada umat manusia,dewasa ini,semuanya umat Rasulullah S.A.W..walaupun banyak kemurkaan umat Muhammad S.A.W ini....
Tujuan manusia sepatutnya hidupnya kerana Allah .SW.T..hidup di jalan yang lurus,iaitu di jalan takwa dan zuhud kepada Allah sepertimana berlandaskan panduan kita,AL QURAN..sebelum tidur kita dan selepas bangun kita hanyalah kepada Allah.hidup bersaksikan Allah.segala aktiviti dan amalan.bukan untuk manusia,bangsa,nama,kemewahan semata-mata..haruslah menjadikan syurga dan neraka sebagai pedoman..antara yang batil dan hak(salah atau benar)..beriman segalanya dari Allah.mengikuti segala ajaran Rasulullah S.A.W dan ulama.bertawakal,baik dan yang buruk,kepada Allah.dan paling penting,mencari keredhaan Allah diatas penghidupan kita ini di muka buminya..
Mempunyai hati yang bersih adalah menolak segala kepentingan nafsu.redha diatas segala pengalaman..tidak busuk hati mendengki yang sesama manusia..bersama-sama hidup diatas nikmat Allah,mengingati bersama.haruslah kita menjauhi kehidupan yang penuh dengan mengumpat,memfitnah,mendengki dan menindas antara umat manusia..tidak kiralah dekat dengan kita atau jauh dengan kita.kerana,apabila kita ingat dan beriman di hari akhirat,kita akan takut untuk melakukan demikian.kita akan serahkan pada Allah untuk membalas segala penganiayaan pada kita dan kebaikan dari kita..segala-segala,hanya redha pada keadaan..karena,hidup ini,tidak menjanjikan esok masih bernafas lagi..mungkin,selepas melakukan sesuatu itu,kita akan bertemu ajal..siapa yang tahu,,hanya Allah sahaja maha mengetahui...
Kasih kah kita pada Allah,,bangun tidur untuk apa...kenapa dibangun dari tidur itu..bagaimana jika kita teruskan sahaja tidur itu..bagaikan orang yang akan mati.tapi,Allah amat mengasihi kita.amat maha pemberi peluang pada kita.memberikan peluang pada kita menebuskan segala yang rugi..segala yang belum tegak dijalan yang lurus.segala yang belum ditangisi memohon taubat..tetapi kita bangun pagi terus gosok gigi,dipakai baju untuk keluar mencari rezeki..rezeki yang menanti diluar pintu rumah.hakikat kian dilupai...bahawa Allah lah yang maha memberi rezeki..tidak kiraNya walaupun umat itu beriman atau tidak,umat itu ingat padaNYA atau tidak,umat itu kasih dan mendahuluiNya sebelum mencari rezeki atau tidak...Allah masih memberikan rezeki padanya..tahukah kita bahawa Allah S.W.T. itu juga MAHA MENYEMPIT HIDUP?itulah yang tidak diingat oleh manusia..kerana boleh jadi kekayaan dan rezeki itu adalah umpan dari Allah..melihat manusia dilupai oleh harta,dan diambil semua nikmat semula,habis,terduduk lah menunggu mati.menyesal tiada berguna..hakikatnya Allah segala pemula dan kepadaNya kita kembali..
Ingatlah kita di kecil hati, dari sekecil zarah hingga penghabisannya,adakah pengingatan kita pada Allah..adakah kasih dan cinta kita pada Allah..bangun pagi hingga tidur semula,adakah Allah sentiasa dihati..diucapkankah syukur atas nikmat semuanya kepadaNya.
Berfikirlah dengan waras.selaku umat Rasulullah S.A.W,hidup ini adalah untuk apa,untuk apa hingga penghabisan hidup ini....

No comments:
Post a Comment