Monday, January 28, 2013

Sejenak kembali


     Kita menilai teh,dan membahagikan teh itu kepada kelas-kelasnya....tetapi teh,tidak pernah membahagikan "mereka" kepada kepada jenis-jenisnya.hanya kita yang mempunyai rasa dan nafsu kepada teh itu..teh hanya hidup di atas semulajadinya,ciptaan Allah.
    Manusia terdiri daripada pelbagai citarasa.meminum teh,hanyalah pada "mood".jika "mood" itu baik,baguslah teh itu.keenakan teh itu ditagih dan diceritakan.
    Sejauh mana kita sebagai manusia boleh bertahan dengan citarasa kita?pernah kita memikirkan bahawa kita semakin hari semakin dimakan usia?hari ini kita suka akan sesuatu rasa itu,bolehkah jadi dihari esok kita mulai bosan dengan rasa itu?
     Hari ini kita memulakan hari kita dengan sarapan yang kita selalu makan,kuih lepat pisang dan secawan kopi yang memang sedap dan melengkapkan hari anda.hari ni juga,kita memulakan dengan menyayangi isteri,ibubapa,anak anak kita sebelum pergi kerja.hari ini kita memulakan permulaan hari kita dengan solat subuh dan doa supaya kita selamat di dunia dan akhirat dan niat bekerja untuk Allah.
     Adakah kita akan kekal begini?

Persoalannya begitu tebal.jawapannya sungguh tersentak.tidaklah perlu berhujahan.sejauh mana kita berfikir,membuat pelan,meneruskan hidup,yakinlah bahawa dan ketahuilah bahawa,

Hidup ini,segala-galanya milik Allah..Allah maha mengetahui segala rahsia..Allah maha membolak balikkan hati..Allah jua lah kita kembali padaNya..

kepada hakikat penghidupan,itulah jawapan..itulah iman dan takwa..itu lah kesudahan untuk orang-orang yang beriman.