Friday, October 28, 2011

RUMAH yang tinggal hanya rumah.

     Semakin hari adalah bertambah umur diri ini...sampaikan rasanya baru sahaja mencium bau-bau tanah yang dulunya melekat di pipi.(dulu kuat main kat tanah).rasanya lagi seperti baru sahaja melangkah umur 18 tahun(hehe).kadang-kadang alangkah indahnya permikiran di bawah 18.
     Dulu,apabila hendak keluar,minta duit pada umi sahaja.tak perlu memikirkan mana hendak cari duit.semuanya di beri..(kadang-kadang kena potong jugak).tak perlu motor,basikal pun cukup.naik kereta abah,minyak tidak isi.makan,tidur,tempat tinggal semuanya di tanggung beres....
      Dan zaman terus menitikkan waktu yang berubah..pokok mangga yang dahulu berbuah kini sudah tiada ranting.cat bewarna kuning rumah itu yang dahulu masih segar kini sudah kusam.tanah yang kosong disebelah rumah kini sudah diisi rumah batu yang cantik sehingga nak tenggelam rumahku..dan yang paling berkesan,orang yang dahulu riuh di dalamnya kini sudah tiada disitu..semuanya sudah beralih arah dan tempat...kekusaman terus dilanda kekusaman di rumah aku.....
     Di rumah itu,menggamit bermacam-macam memori yang kadang indah,kadang tidak indah.disitu aku membesar dan adik beradik membesar...boleh dikatakan semua adik beradikku membesar disitu sehingga alam persekolahan.
     Bermula dari kisah abah yang kena tukar tempat kerja.umi pula sudah menjadi pesara.merupakan tanggungjawab isteri untuk berada disisi suaminya...peneman hidup yang abadi.dan dari situ permulaan perubahan dimana,semua isi rumah itu tidak perlu tinggal disitu lagi...
     Banyak kenangan di rumah itu...antaranya kisah aku dikejar oleh umi dengan parang disekeliling rumah..kesian umi yang akhirnya kaki tejatuh didalam lubang pembentungan...kakinya penuh luka,dan sakit darah tingginya menaik..
     Ada suatu ketika,aku dengan adik lelakiku bermain pasir ditanah dengan mengisi pasir dalam tin milo..abangku dua orang main jet pejuang F16 diatas pokok bunga cempaka yang besar tepi rumah.dan aku mengacau adikku dengan mengambil kapak terus menebuk tutup tin milonya...terus "sheikh"nya naik dicapainya kapak itu dan dihentak atas kepalaku...(hahahaha).nenek kesayanganku(dah arwah)ternampak lalau menjerit pada umi..umiku turun dan membelek kepalaku yang sudah terbelah kulit(nasib baik tak terbelah kepalaku ini).lalu dimarahnya abang-abangku kenapa tidak melihat aku dan adik bermain..muka abangku masa itu seperti beruk yang kena herdik(kahkahkah).muka pucatnya menurun dari pokok cempaka itu...(hahaha)..kelakarnya masa itu..
     Dulu nenek ku suka tidur di ruang tamu...di "kawasan"nya,dia meletakkan segala keperluannya seperti tikar,horlicks,biskut,gula,termos,kain solat dan segala yang digunakannya disitu..supaya senang tidak perlu jauh-jauh pergi ambil...lantai rumah adalah papan,dan ia bising berbunyi apabila berjalan kuat sedikit..aku suka berlari di dalam rumah..(bukan aku seorang rasanya).nenekku yang aku panggil "tok" selalu terjaga lalu kata"awat nie jalan kuat macam orang tak tawan ni??"(hahahaaha)kesian tok,tapi dia selalu duduk bersama kami.bersama anak sulungnya iaitu umi.kadang-kadang terasa permergiannya kerana dialah satu-satunya orang tua ibubapa yang sempat aku bersama...
     Rumah itu ada satu pokok mangga yang besar..sarang kerengganya besar..sampai ada dua,tiga.disitulah kawasan denda yang paling tak best sekali.aku pernah kena sekali,adik lelakiku rasanya sekali,abang nombor empatku pernah kena sekali,yang lain-lain aku sudah tak ingat..abahku la paling garang di rumah..dan yang paling hensem..(hehe).
     Ada(hahaha) yang suka tinggal dirumah itu...binatang yang bernama biawak..(bukan kecil anak pulak tu)(banyak).ada suatu masa itu,aku ke belakang rumah.lalu biawak keluar dari bawah rumah dan ternampak aku.aku pun ternampak dia..(hahaha)aku lari dia pun lari.ada juga dua,tiga perjumpaan begitu..
     Begitu banyak jika hendak dituliskan..ada yang boleh dikongsi dan ada yang tidak..begitu pun masa berlalau dengan pantas..adik dan abangku merata tempat.aku pun sudah jauh meninggal rumah itu..ibubapaku pun tidak lagi disitu.tiada siapa yang ada dirumah itu.hanya yang ada penyewa disitu..mujurlah ada penyewa yang baik..menjaga rumah itu seperti rumahnya sendiri..daripada tidak bertuan.
     Aku masih ada sedikit harapan,supaya rumah itu kekal lagi walaupun jika aku sempat tua..ada juga angan-angan ingin tinggal disitu..
     Mungkin masa akan memberitahu..mungkin Allah s.w.t tetapkan aku tinggal disitu suatu hari nanti...boleh jadi aku meninggalkan hari hari akhir aku dirumah itu...semuanya adalah rahsia Allah.kita hanya membuat pilihan,rancangan..hakikat Allah yang menentukan...
     Rindunya aku pada rumah asalku,asal usulku,tempat bermulaku,tempatku mula berjalan dan tempatku yang Allah memberikan rezeki pada keluargaku...alhamdulillah.