Thursday, March 17, 2011

zaman ini zaman GILA..

    Saban hari kita dimaklumkan bahawa islam adalah agama rasmi malaysia.kita berkata,malaysia itu negara islam,dan islam itu ada di malaysia..majoriti penduduk adalah beragama islam.tetapi adakah malaysia mengambil islam,dari segala syariat dan segala pentadbiran dari segi hukum,muamalat,perintah dan pendek kata mengambil islam secara keseluruhannya?
   Kita diberi ajar dan pendedahan yang semulajadi dari sekolah hingga matang tentang corak inggeris dari segala segi dari huruf hingga sesuatu keputusan.islam yang dipupuk di sini,adalah hanya untuk mengenal cara hidup individu islam..solat,puasa,sedekah dan segala2 yang diperingkat individu islam..cara menjadi muslim terbaik.tetapi adakah islam hanya untuk pembangunan individu sahaja?pernahkah kita memahami kerja insan bergelar Rasulullah S.A.W iaitu Muhammad?
   Muhammad adalah rasul yang dilantik oleh Allah S.W.T untuk menerangkan pada manusia zaman jahilliah untuk kembali kepada akidah di jalan Allah.dimana dizaman sebelum Rasulullah menerima wahyu,manusia menjalankan aktiviti yang digelar jahilliah.rasuah,zina,judi,arak dan menyembah berhala.Rasulullah dimasa itu begitu sedih,sakit hati melihat keadaan yang dirasakannya adalah sesuatu penganiayaan,kezaliman,mundur,menjelikkan dan berkeadaan jahil itu melarikan diri dan bersorok ke gua hirak,untuk mencari ketenangan.dan disitu permulaaan wahyu yang diturun Allah S.W.T untuk mengenal,membawa,berpolitik,menyebarkan dan memperjuangan  islam.segala ajaran yang sampai kehari ini bertahan dengan dilindungi Allah,kepada sanubari muslim dan muslimah.
   Pada hari ini,pernahkah kita berfikir,pengorbanan Rasulullah yang rela berperang untuk menyebarkan islam jika islam itu hanya untuk solat,puasa,sedekah saja?dimana islam bukan untuk disimpan bukan didakwahkan..adakah Al Quran cuma cerita pasal individu saja?inilah hakikat yang ada dalam fikiran melayu islam  kebanyakkannya...
   Kita dimalaysia,kaum melayu yang majoriti.dimana semuanya beragama islam.kita di didik,yang mana melayu lah yang utama.pentingkan bangsa,ketuanan melayu dan bersikap nasionalisme..kenapakah mengamalkan nasionalisme sedangkan islam sudah ada?sampaikan ada yang tidak mengenal apa itu muamalat yang dibawa islam,hingga riba pun nampak halal..dan ada yang tidak mengenali "hudud",sampai mengatakan hududullah itu zalim,tidak sesuai dibuat dimalaysia..sehingga ketidakadilan menjadi tidak apa-apa didalam pemerintahan.inilah celaka yang menimpa orang melayu di zaman ini.
    Pernahkah kita merujuk,kitab yang maha agung,Al Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W dalam segala sesuatu keputusan,pentadbiran dan mendengar pandangan diri ulama-ulama yang memang menyambung kerja para anbia...pernahkah kita terdetik di dalam hati untuk mencari dan mengetahui apa itu islam yang sebenar dan apakah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W kepada kita..
    Sampaikan hari ini,ulama-ulama dikecam,dibalahi,difitnah untuk kepentingan dunia.yang merompak,merasuah,menipu diangkat menjadi "pejuang negara"..yang mana menuntut keadilan,yang mahu menegakkan islam,yang bersih dari segi akidah,tiada rasuah,zuhud,alim dan kebanyakkannya ulama di kata"penghancur negara".sama di zaman jahilliah,Rasulullah dikatakan ahli sihir,gila dan macam-macam lagi fitnah sehinggakan terpacak kebenaran,masih lagi tidak dianuti dan mengekalkan kegelapan di hati..
    Islam adalah mengajak manusia mencari keredhaan Allah dihidup dibumiNya.di mana,kita menjalankan segala syariat yang disuruh Allah.dimana,islam ternyata adil untuk semua penganut islam dan bukan islam.lihatlah,dizaman khalifah Umar Abdul Aziz,di mana sehingga duit zakat tidak lagi layak diterima oleh rakyat..dizaman Rasulullah,di mana Rasulullah begitu menjaga perpaduan diantara kaum,tidak mengira agama dan mengeluarkan manusia dari kepompong jahilliah...
   Islam adalah bukan memperjuangkan bangsa.bangsa adalah dijadikan Allah untuk saling mengenal.islam adalah mengajak dan berpolitik untuk manusia kembali kepada islam,di mana untuk menyelamatkan manusia di akhirat dan menjadi insan yang untung di akhirat kelak.jika islam pentingkan bangsa,amat tidak adil bagi kaum lain kerana bangsa adalah kekal,dijadikan Allah.
   Marilah kita duduk fikir sejenak,baikkah aku untuk mengharapkan syurga Allah sedangkan aku hidup di dunia ini melakukan hal yang tidak diredhai Allah S.W.T?...islam adalah mengkehendaki manusia berfikir,yang mana hakiki dan yang mana sementara..kita di dunia ini,ibarat tumpang singgah di bawah pokok,berteduh dan mencari bekalan ketempat destinasi yang ditujui...